Wanita itu sudah
tua, namun semangat perjuangannya tetap menyala seperti wanita yang masih muda.
Setiap tutur kata yang dikeluarkannya selalu menjadi pendorong dan bualan orang
disekitarnya. Maklumlah, ia memang seorang penyair dua zaman, maka tidak kurang
pula bercakap dalam bentuk syair. Al-Khansa bin Amru, demikianlah nama wanita
itu. Dia merupakan wanita yang terkenal cantik dan pandai di kalangan orang
Arab. Dia pernah bersyair mengenang kematian saudaranya yang bernama Sakhr :
"Setiap mega
terbit, dia mengingatkan aku pada Sakhr, malang. Aku pula masih teringatkan dia
setiap mega hilang dii ufuk barat Kalaulah tidak kerana terlalu ramai orang
menangis di sampingku ke atas mayat-mayat mereka, nescaya aku bunuh
diriku."
Setelah Khansa memeluk
Islam, keberanian dan kepandaiannya bersyair telah digunakan untuk
menyemarakkan semangat para pejuang Islam. Ia mempunyai empat orang putera yang
kesemuanya diajar ilmu bersyair dna dididik berjuang dengan berani. Kemudian
puteranya itu telah diserahkan untuk berjuang demi kemenangan dan kepentingan
Islam. Khansa telah mengajar anaknya sejak kecil lagi agar jangan takut
menghadapi peperangan dan cabaran.
Pada tahun 14
Hijrah, Khalifah Umar Ibnul Khattab menyediakan satu pasukan tempur untuk menentang
Farsi. Semua Islam dari berbagai kabilah telah dikerahkan untuk menuju ke medan
perang, maka terkumpullah seramai 41,000 orang tentera. Khansa telah
mengerahkan keempat-empat puteranya agar ikut mengangkat senjata dalam perang
suci itu. Khansa sendiri juga ikut ke medan perang dalam kumpulan pasukan
wanita yang bertugas merawat dan menaikkan semangat pejuan tentera Islam.
Dengarlah nasihat
Khansa kepada putera-puteranya yang sebentar lagi akan ke medan perang,
"Wahai anak-anakku! Kamu telah memilih Islam dengan rela hati. Kemudian
kamu berhijrah dengan sukarela pula. Demi Allah, yang tiada tuhan selain Dia,
sesungguhnya kamu sekalian adalah putera-putera dari seorang lelaki dan seorang
wanita. Aku tidak pernah mengkhianati ayahmu, aku tidak pernah memburuk-burukkan
saudara-maramu, aku tidak pernah merendahkan keturuna kamu, dan aku tidak
pernah mengubah perhubungan kamu. Kamu telah tahu pahala yang disediakan oleh
Allah kepada kaum muslimin dalam memerangi kaum kafir itu. Ketahuilah
bahawasaya kampung yang kekal itu lebih baik daripada kampung yang
binasa."
Kemudian Khansa
membacakan satu ayat dari surah Ali Imran yang bermaksud, "Wahai orang
yang beriman! Sabarlah, dan sempurnakanlah kesabaran itu, dan teguhkanlah
kedudukan kamu, dan patuhlah kepada Allah, moga-moga menjadi orang yang
beruntung." Putera-putera Khansa tertunduk khusyuk mendengar nasihat bonda
yang disayanginya.
Seterusnya Khansa
berkata, "Jika kalian bangun esok pagi, insya Allah dalam keadaan selamat,
maka keluarlah untuk berperang dengan musuh kamu. Gunakanlah semua pengalamanmu
dan mohonlah pertolongan dari Allah. Jika kamu melihat api pertempuran semakin
hebat dan kamu dikelilingi oleh api peperangan yang sedang bergejolak, masuklah
akmu ke dalamnya. Dan dapatkanlah puncanya ketika terjadi perlagaan
pertempurannya, semoga kamu akan berjaya mendapat balasan di kampung yang
abadi, dan tempat tinggal yang kekal."
Subuh esoknya
semua tentera Islam sudah berada di tikar sembahyang masing-masing untuk
mengerjakan perintah Allah iaitu solat Subuh, kemudian berdoa moga-moga Allah
memberikan mereka kemenangan atau syurga. Kemudian Saad bin Abu Waqas panglima
besar Islam telah memberikan arahan agar bersiap-sedia sebaik sahaja semboyan
perang berbunyi. Perang satu lawan satu pun bermula dua hari. Pada hari ketiga
bermulalah pertempuran besar-besaran. 41,000 orang tentera Islam melawan
tentera Farsi yang berjumlah 200,000 orang. Pasukan Islam mendapat tentangan
hebat, namun mereka tetap yakin akan pertolongan Allah .
Putera-putera
Khansa maju untuk merebut peluang memasuki syurga. Berkat dorongan dan nasihat
dari bondanya, mereka tidak sedikit pun berasa takut. Sambil mengibas-ngibaskan
pedang, salah seorang dari mereka bersyair,
"Hai
saudara-saudaraku! Ibu tua kita yang banyak pengalaman itu, telah memanggil
kita semalam dan membekalkan nasihat. Semua mutiara yang keluar dari mulutnya
bernas dan berfaedah. Insya Allah akan kita buktikan sedikit masa lagi."
Kemudian ia maju
menetak setiap musuh yang datang. Seterusnya disusul pula oleh anak kedua maju
dan menentang setiap musuh yang mencabar. Dengan semangat yang berapi-api ia
bersyair,
"Demi Allah!
Kami tidak akan melanggar nasihat dari ibu tua kami Nasihatnya wajib ditaati
dengan ikhlas dan rela hati Segeralah bertempur, segeralah bertarung dan
menggempur mush-musuh bersama-sama Sehingga kau lihat keluarga Kaisar
musnah."
Anak Khansa yang
ketiga pula segera melompat dengan beraninya dan bersyair,
"Sungguh ibu
tua kami kuat keazamannya, tetap tegas tidak goncang Beliau telah menggalakkan
kita agar bertindak cekap dan berakal cemerlang Itulah nasihat seorang ibu tua
yang mengambil berat terhadap anak-anaknya sendiri Mari! Segera memasuki medan
tempur dan segeralah untuk mempertahankan diri Dapatkan kemenangan yang bakal
membawakegembiraan di dalam hati Atau tempuhlah kematian yang bakal mewarisi
kehidupan yang abadi."
Akhir sekali anak
keempat menghunus pedang dan melompat menyusul abang-abangnya. Untuk menaikkan
semangatnya ia pun bersyair,
"Bukanlah
aku putera Khansa', bukanlah aku anak jantan Dan bukanlah pula kerana 'Amru
yang pujiannya sudah lama terkenal Kalau aku tidak membuat tentera asing yang
berkelompok-kelompok itu terjunam ke jurang bahay, dan musnah mangsa oleh
senjataku."
Bergelutlah
keempat-empat putera Khansa dengan tekad bulat untuk mendapatkan syurga
diiringi oleh doa munajat bondanya yang berada di garis belakang. Pertempuran
terus hebat. Tentera Islam pada mulanya kebingungan dan kacau kerana pada
mulanya tentera Farsi menggunakan tentera bergajah di barisan hadapan, sementara
tentera berjalan kaki berlindung di belakang binatang tahan lasak itu. Namun
tentera Islam dapat mencederakan gajah-gajah itu dengan memanah mata dan
bahagian-bahagian lainnya. Gajah yang cedera itu marah dengan menghempaskan
tuan yang menungganginya, memijak-mijak tentera Farsi yang lannya. Kesempatan
ini digunakan oleh pihak Islam untuk memusnahkan mereka. Panglima perang
bermahkota Farsi dapat dipenggal kepalanya, akhirnya mereka lari lintang-pukang
menyeberangi sungai dan dipanah oleh pasukan Islam hingga air sungai menjadi
merah. Pasukan Farsi kalah teruk, dari 200,000 tenteranya hanya sebahagian
kecil sahaja yang dapat menyelamatkan diri.
Umat Islam lega.
Kini mereka mengumpul dan mengira tentera Islam yang gugur. Ternyata yang
beruntung menemui syahid di medan Kadisia itu berjumlah lebih kurang 7,000
orang. Dan daripada 7,000 orang syuhada itu terbujur empat orang adik-beradik
Khansa. Seketika itu juga ramailah tentera Islam yang datang menemui Khansa
memberitahukan bahawa keempat-empat anaknya telah menemui syahid. Al-Khansa
menerima berita itu dengan tenang, gembira dan hati tidak bergoncang. Al-Khansa
terus memuji Allah dengan ucapan,
"Segala puji
bagi Allah, yang telah memuliakanku dengan mensyahidkan mereka, dan aku
mengahrapkan darii Tuhanku, agar Dia mengumpulkan aku dengan mereka di tempat
tinggal yang kekal dengan rahmat-Nya!"
Al-Khansa kembali
semula ke Madinah bersama para perajurit yang masih hidup dengan meninggalkan
mayat-mayat puteranya di medan pertempuran Kadisia. Dari peristiwa peperanan
itu pula wanita penyair ini mendapat gelaran kehormatan 'Ummu syuhada yang
ertinya ibu kepada orang-orang yang mati syahid."
Sumber : 1001 kisah teladan
Tidak ada komentar:
Posting Komentar